Ahad, 27 November 2022

Alhamdulillah. 2,731 hari [15 Dis 2013 hingga 7 Jun 2021] yang penuh bererti

 


Alhamdulillah. 2,731 hari [15 Dis 2013 hingga 7 Jun 2021] yang penuh bererti. Satu amanah besar yang saya terima dengan lantikan oleh AGM PRISMA sebagai Barisan Kepimpinan NGO Islam Pekak. Juga satu penghormatan dan tanggungjawab yang telah saya laksanakan sedaya upaya.

Sekalung penghargaan kepada PRISMA kerana memberi sepenuh keyakinan kepada saya untuk menyumbang kepada pembangunan komuniti Muslim Pekak bersama agama Islam. Begitu juga tidak dilupakan jasa rakan-rakan penggiat yang sentiasa memberi sokongan.

Terima kasih juga kepada semua Unit Islam Persatuan Orang Pekak Negeri/Persatuan Orang Pekak Islam Negeri yang memberikan kerjasama penuh dalam semua urusan hal ehwal Islam termasuk Persekutuan dan Negeri. Pastinya ia adalah demi manfaat umat OKU Pekak Islam.

Kelas Tadarus Quran Kaedah Abjad Jari Quran; Program Dakwah Muslim Pekak Johor-Kedah-Kelantan-Perak-Pulau Pinang-Sabah-Selangor-Terengganu-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Kursus Pra-Perkahwinan Orang Pekak; Kelas Asas BIM Islam; Bantuan Kewangan Kembali ke Sekolah; Sumbangan Ramdhan Asnaf Pekak Seluruh Malaysia; Kelas Bimbingan Muallaf Pekak Kuala Lumpur; Majlis Ibadah Korban Asnaf Pekak Kuala Lumpur; Majlis Pengislaman Saudara Baru Pekak KL & Selangor; MoU Penyelidikan dan Pembangunan Bahasa Isyarat Ibadah & Quran Isyarat antara USIM dan PRISMA; Sumbangan Kewangan Penerbitan BIM Islam; Sumbangan MAIWP & MAIS - Bantuan Kewangan Aktiviti Dakwah Orang Pekak merupakan antara kejayaan program PRISMA di bawah tanggungjawab saya sebagai Timbalan YDP PRISMA 2013-2015, YDP PRISMA 2015-2018 dan Bendahari PRISMA 2018-2021.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Barisan Kepimpinan NGO Islam Pekak berwajah baru harus mengambil peringatan mengenai Firman ALLAH SWT -
Surah an-Nur [cahaya] 24 : Ayat 54 – 55
(ALLAH beri kekuasaan kepada Muslim)

Ayat 54:

قُل أَطيعُوا اللهَ وَأَطيعُوا الرَّسولَ ۖ فَإِن تَوَلَّوا فَإِنَّما عَلَيهِ ما حُمِّلَ وَعَلَيكُم مّا حُمِّلتُم ۖ وَإِن تُطيعوهُ تَهتَدوا ۚ وَما عَلَى الرَّسولِ إِلَّا البَلٰغُ المُبينُ

Katakanlah: “Taat kepada ALLAH dan taatlah kepada rasul; dan jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajipan rasul itu adalah apa yang dibebankan kepadanya, dan kewajipan kamu sekalian adalah semata-mata apa yang dibebankan kepadamu. Dan jika kamu taat kepadanya, nescaya kamu mendapat petunjuk. Dan tidak lain kewajipan rasul itu melainkan menyampaikan (amanat ALLAH) dengan terang”.

Ayat 55:

وَعَدَ اللهُ الَّذينَ آمَنوا مِنكُم وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ لَيَستَخلِفَنَّهُم فِي الأَرضِ كَمَا استَخلَفَ الَّذينَ مِن قَبلِهِم وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُم دينَهُمُ الَّذِي ارتَضىٰ لَهُم وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِن بَعدِ خَوفِهِم أَمنًا ۚ يَعبُدونَني لا يُشرِكونَ بي شَيئًا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعدَ ذٰلِكَ فَأُولٰئِكَ هُمُ الفٰسِقونَ

Dan ALLAH telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentiasa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Saya ingin mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang tempoh pimpinan selama 7 tahun 5 bulan 23 hari/235,958,400 saat/3,932,640 minit/65,544 jam/390 minggu 1 hari.

Terima kasih kepada komuniti Muslim Pekak. Saya sayang anda semua.

Marzuki Ong
Pendakwah Pekak Bebas

FB Marzuki Ong di https://www.facebook.com/marzukiong/posts/pfbid02XWvBvWH8fNCXCM9drw8PopmbFx9tak6USckJNE7EUZFgrkjkRzgwKZRguTuLwD1l

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ucapan Marzuki Ong - EID MUBARAK