Memaparkan catatan dengan label Personal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Personal. Papar semua catatan

Jumaat, 6 Januari 2023

20 Feb 2017 | Segmen Analisis OKU dan Pengupayaan Bersama Marzuki Ong


Isnin, 28 November 2022

Tugas dakwah saya hanya menyeru manusia kepada Jalan ALLAH sahaja

 


Assalamualaikum semua sahabat Muslim.

Saya telah berundur diri dari whatsapp group "Sembang lain" bukan bermakna mengalah atau tidak mampu jawab. Cuma tiada manfaatnya bila saya berada di dalam group ini. Itu sahaja.

----------------------------------------------------------------------------
Firman ALLAH SWT:

وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَـٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

Maksudnya: Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.  (Surah al-Isra’ 17:36)*

Nota * - Ini adalah ayat yang amat penting sekali dan diharap semua akan dapat beri perhatian kepada perkara ini. Jangan beramal dengan amalan yang salah dan bidaah.
----------------------------------------------------------------------------
Nabi SAW memerintahkan kita agar berkata benar atau diam lebih baik daripada berkata-kata yang dusta. Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW:

وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ

Maksudnya: “Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” [Riwayat al-Bukhari (6018)]

Berdasarkan hadis di atas yang mencegah kita daripada mencela atau mengejek saudara kita dengan ucapan seperti fasiq atau kafir.
----------------------------------------------------------------------------
Tugas dakwah saya hanya menyeru manusia kepada Jalan ALLAH sahaja.

Firman ALLAH SWT:

ادعُ إِلىٰ سَبيلِ رَبِّكَ بِالحِكمَةِ

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah
(Surah An-Nahl 16: 125)**

Nota ** - ALLAH ajar cara menyeru manusia untuk menyampaikan risalah tauhid. Ayat ini amat penting untuk difahami dan ditadabbur.
----------------------------------------------------------------------------

Semoga Allah SWT berikan kita kefahaman yang sahih terhadap agama-Nya serta taufiq dan hidayah untuk mengamalkan syari’at-Nya dengan sebaiknya.

"Sunnah Didahulukan, Silaturahim Diutamakan"

MARZUKI ONG
Pendakwah Pekak Bebas
12 Okt 2022


Ahad, 27 November 2022

Marzuki Ong YDP PRISMA, Pembentang Antarabangsa & Pengerusi Bersama JK Penganjuran Persidangan Antarabangsa Muslim Pekak Kuala Lumpur 2016

 


Gambar Kenangan - Marzuki Ong YDP PRISMA, Pembentang Antarabangsa & Pengerusi Bersama JK Penganjuran Persidangan Antarabangsa Muslim Pekak Kuala Lumpur 2016

Alhamdulillah. 2,731 hari [15 Dis 2013 hingga 7 Jun 2021] yang penuh bererti

 


Alhamdulillah. 2,731 hari [15 Dis 2013 hingga 7 Jun 2021] yang penuh bererti. Satu amanah besar yang saya terima dengan lantikan oleh AGM PRISMA sebagai Barisan Kepimpinan NGO Islam Pekak. Juga satu penghormatan dan tanggungjawab yang telah saya laksanakan sedaya upaya.

Sekalung penghargaan kepada PRISMA kerana memberi sepenuh keyakinan kepada saya untuk menyumbang kepada pembangunan komuniti Muslim Pekak bersama agama Islam. Begitu juga tidak dilupakan jasa rakan-rakan penggiat yang sentiasa memberi sokongan.

Terima kasih juga kepada semua Unit Islam Persatuan Orang Pekak Negeri/Persatuan Orang Pekak Islam Negeri yang memberikan kerjasama penuh dalam semua urusan hal ehwal Islam termasuk Persekutuan dan Negeri. Pastinya ia adalah demi manfaat umat OKU Pekak Islam.

Kelas Tadarus Quran Kaedah Abjad Jari Quran; Program Dakwah Muslim Pekak Johor-Kedah-Kelantan-Perak-Pulau Pinang-Sabah-Selangor-Terengganu-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Kursus Pra-Perkahwinan Orang Pekak; Kelas Asas BIM Islam; Bantuan Kewangan Kembali ke Sekolah; Sumbangan Ramdhan Asnaf Pekak Seluruh Malaysia; Kelas Bimbingan Muallaf Pekak Kuala Lumpur; Majlis Ibadah Korban Asnaf Pekak Kuala Lumpur; Majlis Pengislaman Saudara Baru Pekak KL & Selangor; MoU Penyelidikan dan Pembangunan Bahasa Isyarat Ibadah & Quran Isyarat antara USIM dan PRISMA; Sumbangan Kewangan Penerbitan BIM Islam; Sumbangan MAIWP & MAIS - Bantuan Kewangan Aktiviti Dakwah Orang Pekak merupakan antara kejayaan program PRISMA di bawah tanggungjawab saya sebagai Timbalan YDP PRISMA 2013-2015, YDP PRISMA 2015-2018 dan Bendahari PRISMA 2018-2021.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Barisan Kepimpinan NGO Islam Pekak berwajah baru harus mengambil peringatan mengenai Firman ALLAH SWT -
Surah an-Nur [cahaya] 24 : Ayat 54 – 55
(ALLAH beri kekuasaan kepada Muslim)

Ayat 54:

قُل أَطيعُوا اللهَ وَأَطيعُوا الرَّسولَ ۖ فَإِن تَوَلَّوا فَإِنَّما عَلَيهِ ما حُمِّلَ وَعَلَيكُم مّا حُمِّلتُم ۖ وَإِن تُطيعوهُ تَهتَدوا ۚ وَما عَلَى الرَّسولِ إِلَّا البَلٰغُ المُبينُ

Katakanlah: “Taat kepada ALLAH dan taatlah kepada rasul; dan jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajipan rasul itu adalah apa yang dibebankan kepadanya, dan kewajipan kamu sekalian adalah semata-mata apa yang dibebankan kepadamu. Dan jika kamu taat kepadanya, nescaya kamu mendapat petunjuk. Dan tidak lain kewajipan rasul itu melainkan menyampaikan (amanat ALLAH) dengan terang”.

Ayat 55:

وَعَدَ اللهُ الَّذينَ آمَنوا مِنكُم وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ لَيَستَخلِفَنَّهُم فِي الأَرضِ كَمَا استَخلَفَ الَّذينَ مِن قَبلِهِم وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُم دينَهُمُ الَّذِي ارتَضىٰ لَهُم وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِن بَعدِ خَوفِهِم أَمنًا ۚ يَعبُدونَني لا يُشرِكونَ بي شَيئًا ۚ وَمَن كَفَرَ بَعدَ ذٰلِكَ فَأُولٰئِكَ هُمُ الفٰسِقونَ

Dan ALLAH telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentiasa. Mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Saya ingin mohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang tempoh pimpinan selama 7 tahun 5 bulan 23 hari/235,958,400 saat/3,932,640 minit/65,544 jam/390 minggu 1 hari.

Terima kasih kepada komuniti Muslim Pekak. Saya sayang anda semua.

Marzuki Ong
Pendakwah Pekak Bebas

FB Marzuki Ong di https://www.facebook.com/marzukiong/posts/pfbid02XWvBvWH8fNCXCM9drw8PopmbFx9tak6USckJNE7EUZFgrkjkRzgwKZRguTuLwD1l

Isnin, 31 Oktober 2022

SEIKHLAS HATI TV3 - ISTIMEWA NUZUL QURAN: TINTA SYURGA [Pratonton(Trailer) Rasmi]


 

12 Apr 2022  SIARAN TV3 akan dilangsungkan | 19 APRIL 2022 | 9.00 MALAM


*****************************

Marzuki Ong dijemput sebagai Qari Tilawah Quran Isyarat di Sri Pentas TV3, Bandar Utama, Petaling Jaya pada 14 Mac 2022.


Marzuki Ong membaca Quran surah 96 al-Alaq Ayat 1 - 5 dengan kaedah Kod Tangan Quran terbitan USIM.

*****************************

https://youtu.be/y2eMzgh4wQM



Guru Quran Isyarat Menguji Kemahiran MarzukiOng - Kod Tangan Quran

 


2 Dec 2017, Mekah:  Guru Quran Isyarat (merupakan orang tipikal yg tahu kod tangan Quran) menguji kemahiran saya mengaji surah 3 Qul sempena Maulidar Rasul 1439H. Lulus. Alhamdulillah Syukur. 

ia bertempat di kawasan khutbah utk jemaah oku pekak setiap solat jumaat kat pintu 94 MASJID ALHARAM semasa Marzuki Ong dipilih menjadi tetamu ALLAH di tanah suci pada 23 nov hingga 4 Dis 2017

https://youtu.be/1fbutotPTRY

Tokoh OKU Maulidur Rasul W.P. 1438H/2016M

 


Tokoh OKU Maulidur Rasul W.P. 1438H/2016M

Peranan dan Sumbangan Marzuki Ong Dalam Pembangunan Komuniti OKU Pekak Malaysia

Perjuangan belum selesai

https://youtu.be/OeksfT9mT5o

Sabtu, 29 Oktober 2022

Selamat Datang ke Kuliah Pengajian Islam OKU Pekak Bersama Marzuki Ong

 


Assalamualaikum Sahabat Pekak yang dirahmati,

Jom masuk Kuliah Pengajian Islam OKU Pekak secara percuma untuk belajar ilmu ISLAM melalui BIM versi MarzukiOng di blogspot ini.

Setiap manusia perlu mempersiapkan diri dengan bekalan amalan menuju akhirat.

Semoga ALLAH SWT membimbing kita semua. Aamiin

Terima kasih 

MarzukiOng

PendakwahPekakBebas  |  VloggerBIMHalaqahMarzDeafDaie | PembimbingKuliahPengajianOKUPekak


DEAF Islamic Preacher; Philosophy; Art; Strategic Innovator | 

Cert. of Training for the Promotion of Non‐Handicapping Environmental for People with Disabilities | 

Cert. of Training of Trainer for Deaf Muallaf Class | 

BIM Signer, DEAF Islamic Preacher, Motivator, Vlogger, Thinker, Mentor, Facilitator, History Collector | 

BIM JIWA BANGSA PEKAK [BIM = Bahasa Isyarat Malaysia]

Ucapan Marzuki Ong - EID MUBARAK